Penemuan saintis dan ahli arkeologi
sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang
dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada
teknologi.
Malah, saintis kini semakin
kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang
keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi
malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!
Kenyataan itu memang sukar
dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan
teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan
elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.
Akan tetapi, artefak purba serta
catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya - masyarakat zaman
purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama
sains.
Bagaimanapun, atas sebab tertentu
yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu
akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan
jauh daripada perkembangan teknologi.
sehinggalah kira-kira 200 tahun
lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke
arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang
menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi
ketika ini:
Penemuan bateri dari Baghdad,Iraq
Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata
berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga
5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar
sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count
Alessandro Volta.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan
masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik
sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi
elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga
elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.
Kalkulator kuno.
Pada 1901, penyelam di perairan
pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah
runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De
Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung
pergerakan bintang dan planet.
Reaktor nuklear berusia dua juta
tahun
Maap gak bisa ngasih fotonya :D
Pada 1972, sebuah reaktor uranium
yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon,
Afrika.
Kajian reka bentuk dan struktur
lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar
malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih
canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.
Penemuan itu menimbulkan persoalan
sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan
menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian
atau peperangan.
Kanta optik
Maap gak bisa share foto :D
Di lokasi sama dengan penemuan
bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan
kira-kira 2,200 tahun lalu.
Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu
jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan
menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad
ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah
lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam
kehidupan.
Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki dalam
sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan
pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh
tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan
dipasang pada 5,000 tahun lalu.
Robot
Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu
(976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan
aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang
dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada
tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan
rambut.
Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman
berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri
kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.
Kendaraan
Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di
Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun
ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Gambar berkenaan yang
jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di
sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika
pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui
Tidak ada komentar:
Posting Komentar